Monday 2 November 2020

Era Nabi Adam Dan Jumpaan Fosil Berusia 120,000 tahun..

 

                   Tajuk dari Paparan Utama

                    Klik 

                    KLIK




Terdapat beberapa kajian dan pendapat mengenai makhluk sebelum nabi Adam:

Namun jika dilihat pada kehidupan manusia pada awalnya mengikut buku sejarah yang kita pelajari (contohnya rujukan buku sejarah sekolah menengah),peradaban manusia terdiri adalah melalui 4 peringkat iaitu:   1.)Paleolitik----->50,000-100,000 Sebelum Masihi 2.)Mesolitik------>20,000-9,500 Sebelum Masihi 3.)Neolitik------->9,500-3,500 Sebelum Masihi 4.)Logam---------->2,000-800 Sebelum Masihi   Daripada hal ni kita akan dapati terdapat 'manusia' lain yang wujud sebelum nabi Adam A.S


Al-Hin, dikatakan makhluk menyerupai manusia, mempunyai sayap
hidup berjuta tahun sebelum nabi Adam




Dalam kajian Arkeologi, berdasarkan fosil yang ditemukan, memang ada makhluk lain sebelum manusia. Mereka nyaris seperti manusia, tetapi memilki karakteristik yang sangat primitif dan tidak berbudaya.

Volume otak mereka lebih kecil dari manusia, oleh kerana itu, kemampuan mereka berbicara sangat terbatas kerana tidak banyak suara atau lisan yang mampu mereka bunyikan. Kelompok makhluk ini kemudian dinamakan oleh para arkeologis sebagai Neanderthal. 


Kemudian datanglah manusia Adam yang diklasifikasikan sebagai Homo Sapiens. Menurut Wikipedia, Homosapiens mula ada kira-kira 200 ribu tahun lalu. Sedangkan Neonderthal ada sehingga 130 ribu tahun dulu, kemudian ia lenyap. Ada juga teori yang mengatakan Neonderthal lenyap sebelum Homosapiens muncul. Tapi yang pasti, Homosapiens bukanlah evolusi dari Neanderthal. Neanderthal hanyalah makhluk seakan manusia yang telah ada sebelum kita (manusia Homo sapiens) ada.

http://lihatmari.blogspot.com/2015/06/3-umat-sebelum-nabi-adam-yang-pernah.html


Menurut salah seorang perawi hadis yang bernama Thawus al-Yamani, salah satu daripada penghuni sekaligus penguasa/pemimpin di muka bumi adalah dari golongan jin. Ada juga yang mengatakan bahawa telah ada 3 umat yang utama sebelum Adam. Dua di antaranya dari bangsa jin, sedangkan kaum yang ketiga adalah dari golongan yang berbeza dari jin, kerana mereka ini berdarah dan berdaging.

Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30. Ini pendapat yang dilontarkan oleh Al-Maqdisi.

 https://zulsegamat.wordpress.com/2017/03/05/ada-adam-sebelum-adam/


Namun dapatan-dapatan tersebut masih dalam kajian, dan perlu dianalisa semula.

                    Sekiranya anda mempunyai knowledge terbaru berkaitan, maka berikanlah pencerahan...


                      Wallahu Aklam   

No comments:

Post a Comment